TENTANG KAMI

Berkat Tasneem Sdn Bhd merupakan sebuah organisasi yang menguruskan Tadika Tasneem. Pada awalnya, Tadika Tasneem Bestari telah diwujudkan dengan usaha 4 orang tenaga lepasan Universiti Utara Malaysia (UUM) serta kerjasama daripada seorang pensyarah UUM sebagai penasihat. Tadika Tasneem dimulakan dengan kelas tuisyen dan pusat jagaan anak-anak atas nama pendaftaran Tasnim Educare Centre (TEC) pada tahun 2003. Operasi ini berjalan selama dua tahun.

Objektif penubuhan Tadika Tasneem ialah membentuk sahsiah anak-anak untuk merealisasikan Islam secara menyeluruh (Islam yang syumul) dalam kehidupan anak-anak disamping kebolehan membaca, mengira dan menulis. 

Menyedari kepentingan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Tadika Tasneem telah mengorak langkah dengan menubuhkan tadika atas nama tadika Nur Tasnim pada tahun 2005. Kemudian nama ini ditukar kepada Tadika Tasneem Bestari. Selepas itu, Tadika Tasneem Pintar diwujudkan sebagai langkah pertama membentuk rangkaian Tadika Tasneem. 

Kini, Alhamdulilah Tadika Tasneem mempunyai 6 cawangan dan diterima masyarakat sebagai satu alternatif untuk pendidikan awal kanak-kanak. Tadika Tasneem kini diuruskan dan dikelola oleh Syarikat Berkat Tasneem Sdn Bhd.

Syarikat Berkat Tasneem Sdn Bhd juga mengelola Tasneem Mart  yang merupakan kedai yang menguruskan urusan jual beli atas talian untuk pelbagai produk yang ditawarkan.

INFO TADIKA TASNEEM

6 Cawangan 

21 Tahun Pengalaman 

Seramai 3800 Murid telah belajar

di Tadika Tasneem

CAWANGAN